Akaun 1688 kena freeze, baru nak sign up.

Benda ni makin hari makin banyak, memang susah nak ada akaun 1688 sekarang.

Ini tips dari kami:

1. Buka akaun baru, tapi mula dengan taobao dot com, nombor phone baru, email baru, semua baru.

2. Ingat, sign up di taobao dot com, jangan di 1688 dot com.

3. Bila anda dah ada akaun taobao yang baru, link kan dengan taobao mobile app anda.

4. Sebaiknya, jangan terlalu kerap tukar-tukar device (PC, Macbook, phone) untuk akaun taobao yang sama, ini akan mengganggu verification dalam hal security mereka.

5. Maintain dengan satu laptop/komputer dan satu mobile untuk satu akaun.

6. Bila nak buka 1688, sila log in taobao dot com dahulu di dalam browser, contoh browser Google Chrome.

7. Bila dah pasti logged in taobao dot com, barulah buka tab 1688 dot com di tingkap sebelah, biasanya dia akan auto logged in, sebab dua benda ni berada di bawah sistem yang sama iaitu Alibaba.

8. Ulang steps nya:

A. log in taobao

B. buka tab baru

C. taip 1688 dot com

D. akan terus logged in 1688

Ini yang kami amalkan sendiri, alhamdulillah jarang akaun kena freezed.

Jika anda rasa malas nak buka 1688 dan nak buat order di sana, sila berikan admins kami link 1688 atau gambar produk yang anda ingin beli/borong,

kami akan uruskan dari pembelian, chat dengan seller, dan shipping ke alamat anda.

Whatsapp now: https://wa.me/601169646209