Nak ship barang dari China please!

Untuk memudahkan urusan pelanggan Malaysia, berikut adalah beberapa permintaan dari kami di Hijrah untuk urusan shipping anda:

  1. Lokasi supplier di bandar dan provins mana.
    • Ini untuk memudahkan kami untuk bajet barang sampai ke gudang kami, gudang kami berlokasi di bandar Guangzhou, kadang ada barang yang dari luar provins Guang Dong makan masa 4-5 hari untuk sampai.
  2. Kuantiti cartons yang supplier anda akan hantar.
    • Kuantiti ni agak penting, kerana ada kes di mana supplier hantar 5 cartons, gudang kami terima 4 cartons; jadi kami kena elakkan isu ini timbul.
  3. Alamat Malaysia anda.
    • Untuk penghantaran laut, barang besar terutamanya, pihak delivery kami di Malaysia hanya akan membuat delivery di ground floor sahaja. Jadi pihak anda perlu siapkan manpower jika perlu.
  4. Kiraan anggaran CBM.
    • Dari kiraan CBM ini, kami boleh anggarkan kos shipping yang anda perlu siapkan nanti. CBM bermaksud “cubic per meter” – 1 CBM bersamaan 1 meter tinggi x 1 meter luas x 1 meter lebar.
  5. Kiraan anggaran berat dalam kilogram.
    • Sama juga seperti perkara nombor 4, jika anda mahukan saluran udara (satu minggu sampai), berat kilogram boleh dijadikan panduan untuk kos freight udara.
  6. Pemilihan untuk saluran udara atau laut.
  7. Gambar produk tersebut.
  8. Cara pembungkusan dari supplier.
    • Contoh seperti mesin pembuatan, adalah amat penting pihak supplier anda membuat pembungkusan di tempat mereka, contoh di sini adalah wooden frame; jika produk anda yang fragile sampai ke gudang Hijrah tanpa pembungkusan tambahan, kami terpaksa kenakan charge untuk urusan ini.

Servis kami adalah door to door, yang bermaksud, kami uruskan barang dari supplier anda yang diterima oleh gudang kami di Guangzhou, dan penghantaran terus ke alamat anda di Malaysia; anda tidak perlu pening urusan lain seperti custom clearance dan delivery berasingan.

Jika anda perlukan bantuan untuk segala urusan trading China, Whatsapp kami di link ini: https://wa.me/601169646209