1. Jika suppliers Alibaba anda punya shipping charges agak tinggi, boleh minta mereka untuk hantar parcels dan cargo anda ke alamat gudang kami di Guangzhou. Kami akan gerakkan kargo dan parcels anda ke Malaysia dari gudang melalui saluran laut dan udara.
2. Di gudang Guangzhou, kami ada sediakan servis QC, atau dalam kata mudah “Buka bungkusan”
Biasanya pelanggan Malaysia akan minta team Hijrah kami buka bungkusan untuk QC dan cek barang mereka sebelum dihantar ke Malaysia. Ada yang minta QC sikit, ada yang minta QC secara menyeluruh.
2.1 Selain cek barang sebelum ship, gudang Guangzhou kami juga ada sediakan urusan repacking, tambah kayu, tambah guni, tambah bubble wrapping dan yang seangkatan untuk melindungi kargo anda.
3. Kami akan berikan marking dan alamat gudang Guangzhou kepada anda, anda forward je info ini kepada suppliers Alibaba.
4. Selain Alibaba, adalah sangat selamat membuat pembayaran melalui platform 1688.
5. “Tapi saya ada pengalaman kena scammed di 1688.”
Perhatikan beberapa perkara ini:
5.1 Jika supplier 1688 terlalu lama tidak membuat penghantaran ke gudang, seeloknya buatlah refund secepatnya.
5.2 Sekiranya barang dari order anda di 1688 agak tinggi, contact team Hijrah untuk cek dan buka serta kira barangan anda sebelum dihantar ke Malaysia, dengan tambahan gambar dan video, ini sangat membantu dan boleh kurangkan risiko dan kos jika barang yang dipesan salah sampai.
6. Untuk urusan shipping yang lebih lancar, anda juga boleh tanyakan kepada suppliers China anda di Alibaba dan 1688 untuk info seperti berat barang dan ukuran barang.
7. Berat barang biasanya digunapakai untuk saluran udara. Barang sampai Malaysia nanti, kurier Skynet yang akan deliver ke alamat anda.
8. Ukuran barang biasanya digunapakai untuk saluran laut. Tinggi lebar luas, bahasa pendeknya ialah CBM cubic per meter, anda boleh gunakan CBM Calculator di Google. Bila CBM dah keluar, dari situ boleh bajet bayaran shipping Hijrah.
9. Biasanya barang besar dan berat dari supplier akan ada satu charge ni kita panggil “domestik shipping charge” 国内物流费 atau 国内快递费
10. Anda perlu communicate dengan supplier 1688 dan Alibaba anda untuk perkara nombor 9 sebab risau kos-nya akan jadi tinggi, disebabkan barang yang berat dan besar.
Team Hijrah juga akan bantu dalam komunikasi jika perlu.
11. Untuk perkara nombor 10 juga, perlulah take into account bahawa barang berat dan besar ni tidak boleh dipindah randah dengan tenaga manusia, perlu ada bantuan mesin seperti forklift.
Charge untuk turunkan barang dari lori untuk unloading di gudang Guangzhou Hijrah adalah murah, isu jadi besar bila barang sampai di alamat penerima anda, perlu ada kerja forklift yang anda perlu uruskan sendiri nanti. Ini juga satu kos yang perlu diambil-kira.
12. “Boleh order sikit dulu ke?”
Ini bukan ketetapan pihak Hijrah, kami cuma gerakkan barang anda ke Malaysia. Ini adalah ketetapan suppliers yang anda sendiri jumpa dan cari di platform Alibaba dan 1688. Ada yang buka 10 pcs, ada yang buka 1000 pcs.
13. “Hijrah boleh bantu carikkan suppliers juga?”
Boleh je.
Itu sahaja buat masa ini, semoga 13 perkara di atas dapat melancarkan urusan anda semua.