Blog/admin
Alibaba, udara ke Malaysia.

“Saya ada nak buat pembelian dari supplier Alibaba ni, tapi dia quote harga shipping udara dia mahal sangatlah.”
Borak dengan supplier dan berikan alamat gudang Hijrah di Guangzhou. Biasanya supplier akan ikut permintaan anda untuk hantar ke gudang Hijrah.
Team admins Hijrah akan berikan alamat gudang dan MARKING kepada anda. Supplier sebaiknya tulis marking tersebut pada semua karton. Contoh marking: 800678-xxx
Dari marking tersebut, kami akan tahu yang barang anda akan masuk ke gudang kami. Tiada pendaftaran untuk marking dan urusan gudang — semua percuma.
Untuk penghantaran dari supplier ke gudang biasanya akan ada charges; ini anda boleh borak dengan supplier untuk dapatkan percuma. Biasanya makan masa 1–4 hari untuk sampai gudang kami.
Anda boleh mesej admin Hijrah untuk tanyakan status barang di gudang. Admin akan gerakkan barang anda melalui udara selepas anda berikan segala details alamat penerima anda.
Info lain: siapkan alamat anda, nombor phone yang boleh dihubungi, gambar produk, nilai produk, dan insuran jika perlu.
Kurier di Malaysia biasanya akan diuruskan oleh syarikat Skynet Malaysia.