Servis Gudang & Shipping
Cara barang daripada pembekal China direkodkan di gudang dan disusun untuk penghantaran ke Malaysia.
Beri Butiran Anda
Berikan segala butiran anda kepada kami di talian Whatsapp seperti: nama anda, nama syarikat, alamat penerimaan di Malaysia.
Marking Gudang
Pasukan kami akan berikan marking dan alamat gudang yang sesuai untuk urusan barang anda.
Forward ke Pembekal China
Hantar marking dan alamat gudang yang diberikan kepada pembekal China anda sebelum mereka menghantar barang.
Kargo/Parcel ke Gudang
Pembekal China menghantar kargo dan bungkusan ke alamat gudang yang diberikan.
Beri Nombor Tracking Domestik
Urusan barang masuk gudang akan dirujuk melalui nombor tracking dari pembekal anda.
Senarai Servis Gudang & Shipping
Berikut adalah senarai dibawah servis gudang & shipping kami.
Repacking
Kami boleh bantu anda repack kargo dan parcels sebelum shipping. Penambahan kayu, guni, fragile tape dan bubble wrapping boleh diminta melalui pasukan kami.
Saluran Shipping
Pilih penghantaran laut atau udara mengikut jenis barang, berat dan keperluan masa anda. Pasukan kami boleh bantu semak saluran yang sesuai.
Count & Check
Team gudang Guangzhou kami ada menyediakan servis kira barang dan semak barangan anda sebelum shipping.
Gambar dan Video
Urusan di gudang Guangzhou juga ada menyediakan penyediaan gambar dan video barangan anda sebelum shipment.
Kira kos penghantaran
Lihat anggaran semasa untuk laluan China ke Malaysia berdasarkan butiran barang anda.
Servis Door-to-Door
Urusan shipment laut kami ialah door to door, anda tidak perlu ke Port Klang untuk custom clearance atau buat pick up di gudang Malaysia.
Anda hanya perlu tunggu di alamat penerima dan nantikan lori delivery sampai. Untuk premis bertingkat pula, delivery akan dibuat di ground floor sahaja.
