Hijrah Trading

Blog/admin

Nak ship barang dari China please!

Nak ship barang dari China please!

Untuk memudahkan urusan pelanggan Malaysia, berikut adalah beberapa permintaan dari kami di Hijrah untuk urusan shipping anda:

1. Lokasi supplier di bandar dan provins mana. Ini untuk memudahkan kami bajet barang sampai ke gudang kami. Gudang kami berlokasi di bandar Guangzhou; kadang ada barang dari luar provins Guang Dong yang makan masa 4–5 hari untuk sampai.

2. Kuantiti cartons yang supplier anda akan hantar. Kuantiti ini agak penting, kerana ada kes di mana supplier hantar 5 cartons tetapi gudang kami terima 4 cartons; jadi kami kena elakkan isu ini timbul.

3. Alamat Malaysia anda. Untuk penghantaran laut, barang besar terutamanya, pihak delivery kami di Malaysia hanya akan membuat delivery ground floor sahaja. Jadi pihak anda perlu siapkan manpower jika perlu.

4. Kiraan anggaran CBM. Dari kiraan CBM ini, kami boleh anggarkan kos shipping yang anda perlu siapkan nanti. CBM bermaksud “cubic per meter” — 1 CBM bersamaan 1 meter tinggi × 1 meter luas × 1 meter lebar.

5. Kiraan anggaran berat dalam kilogram. Jika anda mahukan saluran udara (satu minggu sampai), berat kilogram boleh dijadikan panduan untuk kos freight udara.