Blog/admin
Tips, nasihat dan sharing untuk urusan China anda.

1. Jika suppliers Alibaba anda punya shipping charges agak tinggi, boleh minta mereka untuk hantar parcels dan cargo anda ke alamat gudang kami di Guangzhou. Kami akan gerakkan kargo dan parcels anda ke Malaysia dari gudang melalui saluran laut dan udara.
2. Di gudang Guangzhou, kami ada sediakan servis QC, atau dalam kata mudah “Buka bungkusan”. Biasanya pelanggan Malaysia akan minta team Hijrah kami buka bungkusan untuk QC dan cek barang mereka sebelum dihantar ke Malaysia.
2.1 Selain cek barang sebelum ship, gudang Guangzhou kami juga ada sediakan urusan repacking, tambah kayu, tambah guni, tambah bubble wrapping dan yang seangkatan untuk melindungi kargo anda.
3. Kami akan berikan marking dan alamat gudang Guangzhou kepada anda, anda forward je info ini kepada suppliers Alibaba.
4. Selain Alibaba, adalah sangat selamat membuat pembayaran melalui platform 1688.
5. Jika supplier 1688 terlalu lama tidak membuat penghantaran ke gudang, seeloknya buatlah refund secepatnya. Sekiranya nilai order anda agak tinggi, contact team Hijrah untuk cek, buka serta kira barangan anda sebelum dihantar ke Malaysia.
6. Untuk urusan shipping yang lebih lancar, anda juga boleh tanyakan kepada suppliers China anda di Alibaba dan 1688 untuk info seperti berat barang dan ukuran barang.
7. Berat barang biasanya digunapakai untuk saluran udara.
8. Ukuran barang biasanya digunapakai untuk saluran laut — tinggi, lebar, luas; bahasa pendeknya ialah CBM (cubic per meter).
9. Biasanya barang besar dan berat dari supplier akan ada satu charge yang dipanggil “domestik shipping charge”.
10. Anda perlu communicate dengan supplier 1688 dan Alibaba anda untuk perkara nombor 9, sebab risau kosnya akan jadi tinggi disebabkan barang yang berat dan besar. Team Hijrah juga akan bantu dalam komunikasi jika perlu.
11. Barang berat dan besar tidak boleh dipindah dengan tenaga manusia sahaja — perlu ada bantuan mesin seperti forklift. Ini juga satu kos yang perlu diambil kira.
12. Kuantiti minimum order adalah ketetapan suppliers yang anda jumpa sendiri di platform Alibaba dan 1688, bukan ketetapan pihak Hijrah.
13. Ya, Hijrah boleh bantu carikan suppliers juga.